Sunday 5 March 2017

PENDAHULUAN





    Dalam sejarah perubatan,perubatan Islam atau perubatan Arab merujuk kepada perubatan yang dibangunkan pada zaman pertengahan Islam dan ditulis dalam bahasa Arab,lingua franca tamadun islam.Walaupun namanya sedemikian,banyak ahli sains sewaktu zaman itu bukanlah orang Arab.Sesetengah pakar menganggap bahawa label “Islam-Arab” sebagai tidak tepat dari segi sejarah,dan mendebatkan bahawa label itu langsung tidak menghargai kepelbagaian sarjana Timur yang kaya yang telah memberi sumbangan kepada sains Islam pada zaman itu.Terjemahan karya perubatan Arab dalam bahasa Latin amat mempengaruhi pembangunan perubatan moden.

        Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.Secara generalnya,teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan mesin ,bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Justeru,daripada perspektif perubatan saintis dan pakar-pakar  inovasi telah memainkan peranan mereka dalam memperkasakan bidang ini dengan mencipta pelbagai alat teknologi moden yang canggih.Kini,terdapat pelbagai kemudahan teknologi yang dapat membantu para doktor dalam memberi rawatan kepada pesakit serta pesakit juga dapat membuat pilihan mengenai rawatan yang akan mereka jalani seperti transplantasi organ.


         Transplantasi organ adalah transplantasi atau cangkok atau pemindahan seluruh atau sebahagian organ dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain,atau dari suatu sudut bahagian ke bahagian yang lain pada tubuh yang sama.Transplantasi ini ditujukan untuk menggantikan organ yang rosak atau tidak berfungsi pada penerima dengan organ lain yang masih berfungsi dari penderma. Penderma organ merupakan orang yang masih hidup ,mahupun yang telah meninggal dunia.

1 comment: