Wednesday 1 March 2017

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN TRANSPLANTASI ORGAN

1) Pemindahan Organ


Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia. Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.
Orang Islam masih beranggapan bahawa  individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini  kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.
Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit 
• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ. 
• Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah S.W.T.
• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Punca Masalah:
1)   Pemindahan organ berlaku kerana terdapat insan yang mengalami kerosakkan organ-organ tertentu.
2)   Pemindahan organ ini sebenarnya untuk memelihara nyawa insan yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan organ tersebut untuk teruskan kehidupan seperti insan yang lain.
3)   Pemindahan organ berlaku apabila tiada alternatif lain dalam bidang perubatan.

Jalan Penyelesaian:
Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:

i)  Keadaan penderma masih hidup
* Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.
* Dengan rela penderma, tanpa paksaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
* Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

ii) Keadaan penderma yang telah mati
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
* Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
* Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

 2)Pembedahan Plastik
Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.

Diwajibkan
Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.



Diharuskan
Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

Diharamkan
Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:
“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

Terdapat juga hadis menyebut:

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)
kita simpulkan bahawa apabila kecacatan atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara', maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan InsyaAllah. 

Punca Masalah:
1) Pembedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk mencantikkan muka atau untuk mendapatkan muka asal tetapi mempunyai tujuan yang lebih khusus iaitu membina semula kecacatan di muka dan kepala.

2) Pembedahan dijalankan untuk memperbaiki penampilan dan imej pesakit serta memperbaiki pertuturan dan pendengaran.

Jalan Penyelesaian:
1. PROSEDUR pembedahan plastik hakikatnya tidak mengubah genetik dalam tubuh seseorang
2. Hakikatnya katanya, percubaan untuk melakukan pembedahan plastik buat kali pertama akan menyebabkan sikap ketagihan untuk sentiasa berubah menjadi bentuk yang diingini disebabkan tidak berpuas hati dengan penampilah diri sendiri.
3. Ia melibatkan perubahan, sama ada secara fizikal (apa yang diubah) dan juga perubahan emosi.
4. Menurut perspektif Islam, kebanyakan daripada para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh Kontemporari tidak melihat pembedahan plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat keaiban atau kecacatan
5. Daripada segi psikologi, ini kerana keaiban dan kecacatan ini boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak dijalankan pembedahan itu. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan
6. Malah, pembedahan plastik jika tidak dilakukan dengan betul prosedurnya, ia boleh mendatangkan kesan kesihatan dan risiko kepada pelaku,"
Operasi kecantikan yang dilakukan karena darurat atau semi-darurat adalah pembedahan yang terpaksa dilakukan, seperti menghilangkan cacat, menambah atau mengurangi organ tubuh tertentu yang rosak dan buruk. Melihat pengaruh dan hasilnya, pembedahan tersebut sekaligus memperindah bentuk dan rupa tubuh.


3) Tabung uji bayi

Masalah tentang bayi tabung ini memunculkan banyak pendapat, boleh atau tidak? Misalnya Majlis Tarjih Muhammadiyah dalam Muktamarnya tahun 1980, mengharamkan bayi tabung dengan sperma donor sebagaimana diangkat oleh Panji Masyarakat edisi nomor 514 tanggal 1 September 1986. Lembaga Fiqih Islam Organisasi Konferensi Islam (OKI) dalam sidangnya di Amman tahun 1986 mengharamkan bayi tabung dengan sperma donor atau ovum, dan membolehkan pembuahan buatan dengan sel sperma suami dan ovum dari isteri sendiri.



Punca Masalah:

1 1)   Pasangan suami isteri susah untuk mendapatkan keturunan.
   2)   Salah seorang daripada pasangan suami isteri ataupun mungkin kedua duanya sekali mengalami penyakit yang tertentu yang menyebabkan susah untuk mendapat zuriat


Jalan Penyelesaian

    Proses Bayi Tabung

     Proses bayi tabung dalam adalah in vitro fertilization atau IFV. Proses bayi tabung merupakan kehamilan yang diawali dengan sel telur yang dilakukan pembuahan oleh sperma namun diluar tubuh dan berada didalam suatu tabung. Biasanya prosedur dari bayi tabung yang dilakukan adalah setelah minum ubat ubatan, tindakan pembedahan atau inseminasi buatan yang tidak membantu mengatasi masalah ketidaksuburan.

   Proses Bayi Tabung 

    Dan proses metode bayi tabung ini terdiri dari beberapa rangkaian prosedur, yang diantaranya adalah :

1.   Merangsang tubuh wanita menggunakan suntik hormon supaya boleh menghasilkan beberapa sel telur dengan sekaligus.
2.   Pengujian yang dilakukan lewat terus darah atau juga ultrasound untuk dapat menentukan kesiapan dari pengambilan sel telur. Dan sebelumnya pihak dari wanita juga biasanya akan diberikan suntikan yang akan membantu untuk membuat sel telur matang sehingga berkembang dan akan memulai proses pembuahan.
3.   Selama proses pengambilan sel telur, maka biasanya dokter akan mencari folikel didalam rahim dengan cara melakukan metode ultrasound. Dan sel telur ini kemudian akan diambil dengan cara menggunakan jarum khusus yang mempunyai rogga. Prosedur seperti ini biasanya berlangsung kurang lebih selama 30 minit hingga 1 jam. Dan sebahagian wanita yang diberikan oleh ubat tahan sakit sebelum mereka melakukan prosedur ini, tetapi dapat juga diberikan ubat penenang ringan yang diberikakn dengan cara dibius total.
4.   Kemudian sel telur ini akan segera dipertemukan dengan sperma pasangan mereka, yang pengambilannya dilakukan dengan cara yang sama. Setelah itu akan disimpan didalam klinik untuk memastikan perkembangan yang terjadi di makmal.
5.   Dan setelah embrio dari hasil pembuahan sel telur serta sperma ini dianggap sudah cukup matang, maka embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam rahim. Dan dokter akan memasukkan secara tabung penyalur didalamnya yang disebut dengan kateter ke dalam vagina wanita sampai ke dalam rahim. Untuk bisa membuka peluang besar kehamilan, maka tiga embrio ini biasanya akan dipindahkan dengan sekaligus.
6.   Dua minggu setelah pemindahan embrio dilakukan, maka pihak wanita biasanya diminta untuk melakukan ujian kehamilan.

     Proses bayi tabung biasanya disarankan untuk mereka yang sudah berusia diatas 40 tahun ke atas dengan keluhan seperti :

1.   Gangguan pada tuba fallopi atau rahim yang berbentuk seperti kerosakan dan juga sumbatan dari jalur sel telurnya.
2.   Gangguan dari ovulasi yang dapat membuat produksi sel telur menjadi tidak maksima.
4.   Produksi sperma dengan kualitinya yang kurang baik.
5.   Masalah pada sistem imuniti yang menyebabkan sel telur dan sperma terganggu.
6.   Sperma yang tidak boleh melewati cairan leher rahim.
7.   Alasan dari masalah mengenai ketidaksuburan yang memang tidak diketahui secara jelas.
8.   Mempunyai risiko penyakit keturunan. Dengan melakukan proses bayi tabung ini, sel telur yang sudah dibuahi boleh dipaparkan dengan menggunakan kode genetiknya agar boleh mencari masalah genetik tertentu. Dan setelah embrio ini dinyatakan tidak mempunyai risiko penyakit maka baru boleh diturunkan. Dan boleh ditanamkan didalam rahim.

     Proses bayi tabung uji tetap mempunyai risiko yang seharusnya mendapatkan pertimbangan matang dari pihak keduanya. Dan salah satu risiko yang saat prosedur pengambilan sel telur, kemungkinan terjadinya infeksi boleh saja terjadi, pendarahan, serta boleh menyebabkan gangguan di usus atau juga pada organ lainnya.
    Dan ada juga risiko dari segi pemberian ubat ubatan yang digunakan supaya boleh merangsang atau menstimulasi ovarium yakni sindrom hiperstimulan ovarium. Kesan yang akan dirasakan biasanya beragam, dari mulai perut kembung, kejang, atau juga nyeri ringan, berat badan yang bertambah sampai rasa sakit yang hebat dibahagian perut. Kesan yang berat yang harusnya ditangani oleh rumah sakit meskipun biasanya gejala akan hilang disaat siklus ovarium sudah selesai.

    Selain itu, risiko dari proses bayi tabung adalah ;

1.   Risiko mengalami keguguran
2.   Risiko kehamilan kembar, jika embrio yang ditanamkan lebih dari satu.
3.   Kelahiran yang prematur dengan bayi yang berbadan rendah
4.   Kehamilan ektopik atau diluar rahim
5.   Bayi lahir dengan cacat fizikalnya
6.   Stress akibat proses bayi tabung yang menguras tenaga, emosi, serta biaya.

    Terdapat beberapa hal yang boleh menentukanpeningkatan keberhasilan dari proses bayi tabung. Usia wanita adalah faktor yang paling penting. Usia yang optimum untuk wanita dengan meningkatkan keberhasilan dari proses bayi tabung adalah yang berusia 21-39 tahun. dan selain itu, faktor lain yang berperanan besar pada proses bayi tabung adalah berat badan, merokok, asupan alkohol, kafein, meningkatkan stress, riwayat kehamilan yang sebelumnya, kualiti dari embrio dan juga jumlah embrio yang dimasukkan ke dalamnya.

     Untuk boleh menjalani proses bayi tabung agar boleh hamil, maka Anda memerlukan perbagai faktor dalam hal medic dari kedua belah pihak. Dan kesiapan dari kewangan juga suatu hal yang tidak kalah penting, mengingat kerana biaya proses bayi tabung yang memakan wang yang banyak. Dan sebaiknya selalu melakukan konsultasi dengan dokter Anda supaya boleh mendapatkan penyelesaian yang terbaik lainnya. 



      4) PENGKLONAN












    









      Perspektif islam Islam menggalakkan kajian dlm bidang sains dan teknologi,selagi tidak mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam sekitar Prof Mohd Nizam- kita bukan melakukan tugas Allah dalam urusan kejadian manusia. Perkara itu  (termasuk kelahiran Eve) tidak akan berlaku jika ia tidak mendapat keizinan Allah . . Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wasil menegaskan bahawa pengklonan manusia tidak harus pada pandangan syarak kerana menjejaskan beberapa perkara, termasuk hukum-hakam, kesihatan, . kemasyarakatan dan perundangan. Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mustafa Abdul Rahman, berkata pengklonan akan melahirkan manusia tanpa perkahwinan atau tanpa berlaku percampuran antara benih lelaki dan perempuan





         Punca Masalah


1)    Kaedah pengklonan janin juga diperkatakan meningkatkan reproductive choices atau menambahkan pilihan untuk wanita .Melalui pengklonan janin, doktor boleh memastikan kesihatan janin pada peringkat awal kehamilan.Jika si ibu atau bapa mempunyai penyakit genetik  yang boleh diwarisi oleh anak mereka , maka doktor boleh mengklon janin mereka dan selepas itu membuat ujian ke atas klon tersebut. Jika didapati janin tersebut sihat , si ibu akan dibenarkan untuk meneruskan kehamilan itu tetapi jika didapati klon janin tersebut tidak sihat , maka janin asal juga tidak sihat .Pengetahuan boleh memberi pilihan kepada ibu bapa janin tersebut untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kehamilan atau menggugurkannya. Cara ini dikatakan  dapat mengelakkan bahaya kepadasi ibu dan menjauhkan trauma yang disebabkan oleh pengguguran diperingkat kehamilan yang lebih lanjut.

      
      Jalan Penyelesaian

      PENGKLONAN JANIN 

      Kaedah pengklonan janin telah lama digunakan bagi menghasilkan binatang ternakan yang lebih kuat dan baik bakanya .Bahkan kaedahb pengklonan ini pernah digunakan ke atas janin manusia .
      Kaedah ini memerlukan persenyawan normal antara sperma dengan telur dan biasanya benih diambil dan disenyawakan bila rahim dengan menggunakan teknik IVF atau in vitro fertilisation .
     Setelah tersenyawa ,janin akan terbentuk dan sel yang  tersenyawa tadi akan mula membelah kepada dua ,kemudian empat, lapan dan seterusnya sehingga ia membesar menjadi apa yang dinamakan”biastula”
      Apa yang dilakukan ialah pada mana mana tahap bahagian sel sebelum sel-sel itu mencapai tahap
     “biastula” sainstis boleh membentuk janin yang menyerupai janin asal .Saintis akan menambahkan sejenis  cair kkimia pada kelompok sel tersebut bagi mencairkan zona pellucida  iaitu sejenis membran yang menyelaputi sel-sel janin tersebut.Setelah itu, sel-sel yang bebas dari zona pellucida boleh diambil dan diletakkan didalam bekas kaca yang berbeza dan setiap sel janin tadi diberikan “zona pellucida” tiruan bagi membolehkan setiao janin membesar sebagai janin yang berbeza dan bukan lagi satu janin .


      PENGKLONAN DNA DEWASA

      Kaedah seterusnya adalah tentang kaedah pengklonan kedua,iaitu adult DNA cloning di mana kaedah pengklonan ini berbeza beza dengan pengklonan janin.Pengklonan DNA dewasa dibolehkan melalui teknologi yang dikenali sebagai teknologi nuclear transfer atau pemindahan nuclear.Setakat ini belum ada manusia yang diklon melalui kaedah ini.Namun begitu,para saintis begitu ghairah untuk menggunakan teknik ini bagi menghasilkan klon manusia.Pada akhir tahun 2001,sebuah firma bioteknologi di Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka telah Berjaya mengklon sel kulit dan sel kumulus manusia melalui kaedah nuclear transfer bagi menghasilkan stem sel atau sel asas bagi tujuan perubatan.
      Kaedah pengklonan ini lebih unikdan mencerminkan makna sebenar’ klon ‘seperti yang telah diterangkan.Sebagaimana yang disebut di atas,kaedah ini lazimnya digunakan ke atas tumbuh tumbuhan tetapi bukanlah pembiakan bagi binatang jenis mamalia atau manusia sehingga terciptanya Dolly.





No comments:

Post a Comment