1) Pemindahan Organ
Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru di Malaysia.
Fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi. Jawatankuasa
Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam mesyuaratnya yang
pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan
jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.
Orang Islam masih beranggapan bahawa individu yang menderma organ
seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun
sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini kerana
ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.
Dari sudut Islam, pemindahan organ hukumnya adalah harus
berserta dengan syarat-syarat seperti di bawah:
• Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
• Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima
organ.
• Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk
membantu kerana Allah S.W.T.
• Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga
atau warisnya.
Punca Masalah:
1) Pemindahan organ
berlaku kerana terdapat insan yang mengalami kerosakkan organ-organ tertentu.
2) Pemindahan organ ini
sebenarnya untuk memelihara nyawa insan yang kurang bernasib baik dan sangat
memerlukan organ tersebut untuk teruskan kehidupan seperti insan yang lain.
3) Pemindahan organ
berlaku apabila tiada alternatif lain dalam bidang perubatan.
Jalan Penyelesaian:
Pemindahan
organ ada dua keadaan iaitu:
i) Keadaan penderma masih hidup
* Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan
dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.
* Dengan rela penderma, tanpa paksaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan
kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan
jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada
penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada
doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
* Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik
pada bila-bila masa.
ii) Keadaan penderma yang telah mati
* Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional
tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan
pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
* Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan
daripada kerajaan.
* Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti
kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
* Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa,
penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada
unsur-unsur penghinaan.
* Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan
kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
* Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, hanya akan
mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi
keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang
tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
2)Pembedahan Plastik
Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada
niat dan tujuan ia dilakukan.
Diwajibkan
Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit
kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.
Diharuskan
Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang
sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.
Diharamkan
Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk
wajah dan sebagainya.
Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan
selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:
"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan
mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah
mengatakan:
“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian
tertentu (untuk menjadi pengikutku).
“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah
telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan
ALLAH”.
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati
selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang
nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)
Terdapat juga hadis menyebut:
“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir
gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)
kita simpulkan bahawa apabila kecacatan
atau kekurangan yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti
karena kemalangan dan penyakit) yang menyukarkan diri atau menyebabkan
kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan dilakukan untuk mempercantik
diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara', maka
pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan InsyaAllah.
Punca Masalah:
1) Pembedahan
yang dilakukan bukan bertujuan untuk mencantikkan muka atau untuk mendapatkan muka
asal tetapi mempunyai tujuan yang lebih khusus iaitu membina semula kecacatan
di muka dan kepala.
2) Pembedahan
dijalankan untuk memperbaiki penampilan dan imej pesakit serta memperbaiki
pertuturan dan pendengaran.
Jalan Penyelesaian:
1. PROSEDUR pembedahan plastik hakikatnya tidak
mengubah genetik dalam tubuh seseorang
2. Hakikatnya katanya, percubaan untuk melakukan
pembedahan plastik buat kali pertama akan menyebabkan sikap ketagihan untuk
sentiasa berubah menjadi bentuk yang diingini disebabkan tidak berpuas hati
dengan penampilah diri sendiri.
3. Ia melibatkan perubahan,
sama ada secara fizikal (apa yang diubah) dan juga perubahan emosi.
4. Menurut perspektif Islam, kebanyakan daripada
para penyelidik dan ahli-ahli Fiqh Kontemporari tidak melihat pembedahan
plastik ini sebagai suatu yang dilarang sekiranya bertujuan untuk merawat
keaiban atau kecacatan
5. Daripada segi psikologi, ini kerana keaiban dan kecacatan ini
boleh membawa kepada gangguan mental pesakit tersebut sekiranya tidak
dijalankan pembedahan itu. Secara logiknya, gangguan mental ini lebih teruk
jika dibandingkan dengan kesakitan pada anggota badan
6. Malah, pembedahan plastik jika tidak dilakukan dengan betul
prosedurnya, ia boleh mendatangkan kesan kesihatan dan risiko kepada
pelaku,"
Operasi kecantikan yang dilakukan
karena darurat atau semi-darurat adalah pembedahan yang terpaksa dilakukan,
seperti menghilangkan cacat, menambah atau mengurangi organ tubuh tertentu yang
rosak dan buruk. Melihat pengaruh dan hasilnya, pembedahan tersebut sekaligus
memperindah bentuk dan rupa tubuh.
3) Tabung uji
bayi
Masalah tentang
bayi tabung ini memunculkan banyak pendapat, boleh atau tidak? Misalnya Majlis
Tarjih Muhammadiyah dalam Muktamarnya tahun 1980, mengharamkan bayi tabung
dengan sperma donor sebagaimana diangkat oleh Panji Masyarakat edisi nomor 514
tanggal 1 September 1986. Lembaga Fiqih Islam Organisasi Konferensi Islam (OKI)
dalam sidangnya di Amman tahun 1986 mengharamkan bayi tabung dengan sperma
donor atau ovum, dan membolehkan pembuahan buatan dengan sel sperma suami dan
ovum dari isteri sendiri.
Punca Masalah:
1 1) Pasangan
suami isteri susah untuk mendapatkan keturunan.
2) Salah
seorang daripada pasangan suami isteri ataupun mungkin kedua duanya sekali
mengalami penyakit yang tertentu yang menyebabkan susah untuk mendapat zuriat
Jalan Penyelesaian
Proses bayi tabung
dalam adalah in vitro fertilization atau IFV. Proses bayi tabung merupakan
kehamilan yang diawali dengan sel telur yang dilakukan pembuahan oleh sperma
namun diluar tubuh dan berada didalam suatu tabung. Biasanya prosedur
dari bayi tabung yang dilakukan adalah setelah minum ubat ubatan, tindakan
pembedahan atau inseminasi buatan yang tidak membantu mengatasi masalah
ketidaksuburan.
Proses Bayi Tabung
Dan proses metode bayi tabung ini terdiri dari beberapa
rangkaian prosedur, yang diantaranya adalah :
1.
Merangsang tubuh wanita menggunakan suntik hormon supaya boleh menghasilkan
beberapa sel telur dengan sekaligus.
2.
Pengujian yang dilakukan lewat terus darah atau juga ultrasound
untuk dapat menentukan kesiapan dari pengambilan sel telur. Dan sebelumnya
pihak dari wanita juga biasanya akan diberikan suntikan yang akan membantu
untuk membuat sel telur matang sehingga berkembang dan akan memulai proses
pembuahan.
3.
Selama proses pengambilan sel telur, maka biasanya dokter akan
mencari folikel didalam rahim dengan cara melakukan metode ultrasound. Dan sel
telur ini kemudian akan diambil dengan cara menggunakan jarum khusus yang
mempunyai rogga. Prosedur seperti ini biasanya berlangsung kurang lebih selama
30 minit hingga 1 jam. Dan sebahagian wanita yang diberikan oleh ubat tahan
sakit sebelum mereka melakukan prosedur ini, tetapi dapat juga diberikan ubat
penenang ringan yang diberikakn dengan cara dibius total.
4.
Kemudian sel telur ini akan segera dipertemukan dengan sperma
pasangan mereka, yang pengambilannya dilakukan dengan cara yang sama. Setelah
itu akan disimpan didalam klinik untuk memastikan perkembangan yang terjadi di
makmal.
5.
Dan setelah embrio dari hasil pembuahan sel telur serta sperma
ini dianggap sudah cukup matang, maka embrio tersebut akan dimasukkan ke dalam
rahim. Dan dokter akan memasukkan secara tabung penyalur didalamnya yang
disebut dengan kateter ke dalam vagina wanita sampai ke dalam rahim. Untuk bisa
membuka peluang besar kehamilan, maka tiga embrio ini biasanya akan dipindahkan
dengan sekaligus.
6.
Dua minggu setelah pemindahan embrio dilakukan, maka pihak
wanita biasanya diminta untuk melakukan ujian kehamilan.
Proses bayi tabung biasanya disarankan untuk mereka yang
sudah berusia diatas 40 tahun ke atas dengan keluhan seperti :
1.
Gangguan pada tuba fallopi atau rahim yang berbentuk seperti
kerosakan dan juga sumbatan dari jalur sel telurnya.
2.
Gangguan dari ovulasi yang dapat membuat produksi sel telur
menjadi tidak maksima.
4.
Produksi sperma dengan kualitinya yang kurang baik.
5.
Masalah pada sistem imuniti yang menyebabkan sel telur dan
sperma terganggu.
6.
Sperma yang tidak boleh melewati cairan leher rahim.
7.
Alasan dari masalah mengenai ketidaksuburan yang memang tidak
diketahui secara jelas.
8.
Mempunyai risiko penyakit keturunan. Dengan melakukan proses
bayi tabung ini, sel telur yang sudah dibuahi boleh dipaparkan dengan menggunakan
kode genetiknya agar boleh mencari masalah genetik tertentu. Dan setelah embrio
ini dinyatakan tidak mempunyai risiko penyakit maka baru boleh diturunkan. Dan
boleh ditanamkan didalam rahim.
Proses bayi tabung uji tetap mempunyai risiko yang seharusnya
mendapatkan pertimbangan matang dari pihak keduanya. Dan salah satu risiko yang
saat prosedur pengambilan sel telur, kemungkinan terjadinya infeksi boleh saja terjadi,
pendarahan, serta boleh menyebabkan gangguan di usus atau juga pada organ
lainnya.
Dan ada
juga risiko dari segi pemberian ubat ubatan yang digunakan supaya boleh
merangsang atau menstimulasi ovarium yakni sindrom hiperstimulan ovarium. Kesan
yang akan dirasakan biasanya beragam, dari mulai perut kembung, kejang, atau
juga nyeri ringan, berat badan yang bertambah sampai rasa sakit yang hebat dibahagian
perut. Kesan yang berat yang harusnya ditangani oleh rumah sakit meskipun
biasanya gejala akan hilang disaat siklus ovarium sudah selesai.
Selain itu, risiko dari proses bayi tabung adalah ;
1.
Risiko mengalami keguguran
2.
Risiko kehamilan kembar, jika embrio yang ditanamkan lebih dari
satu.
3.
Kelahiran yang prematur dengan bayi yang berbadan rendah
4.
Kehamilan ektopik atau diluar rahim
5.
Bayi lahir dengan cacat fizikalnya
6.
Stress akibat proses bayi tabung yang menguras tenaga, emosi,
serta biaya.
Terdapat
beberapa hal yang boleh menentukanpeningkatan keberhasilan dari proses bayi
tabung. Usia wanita adalah faktor yang paling penting. Usia yang optimum untuk
wanita dengan meningkatkan keberhasilan dari proses bayi tabung adalah yang
berusia 21-39 tahun. dan selain itu, faktor lain yang berperanan besar pada
proses bayi tabung adalah berat badan, merokok, asupan alkohol, kafein, meningkatkan stress, riwayat kehamilan yang
sebelumnya, kualiti dari embrio dan juga jumlah embrio yang dimasukkan ke
dalamnya.
Untuk boleh menjalani proses bayi tabung agar boleh hamil, maka
Anda memerlukan perbagai faktor dalam hal medic dari kedua belah pihak. Dan
kesiapan dari kewangan juga suatu hal yang tidak kalah penting, mengingat kerana
biaya proses bayi tabung yang memakan wang yang banyak. Dan sebaiknya selalu
melakukan konsultasi dengan dokter Anda supaya boleh mendapatkan penyelesaian
yang terbaik lainnya.
4) PENGKLONAN
Perspektif islam
Islam menggalakkan kajian dlm bidang sains dan teknologi,selagi tidak
mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam sekitar Prof Mohd Nizam- kita
bukan melakukan tugas Allah dalam urusan kejadian manusia. Perkara itu (termasuk kelahiran Eve) tidak akan berlaku jika ia tidak mendapat keizinan
Allah . . Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wasil menegaskan bahawa pengklonan manusia
tidak harus pada pandangan syarak kerana menjejaskan beberapa perkara, termasuk
hukum-hakam, kesihatan, . kemasyarakatan dan perundangan. Pengarah Bahagian
Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mustafa Abdul Rahman,
berkata pengklonan akan melahirkan manusia tanpa perkahwinan atau tanpa berlaku
percampuran antara benih lelaki dan perempuan
Punca Masalah
1)
Kaedah
pengklonan janin juga diperkatakan meningkatkan reproductive choices atau
menambahkan pilihan untuk wanita .Melalui pengklonan janin, doktor boleh memastikan
kesihatan janin pada peringkat awal kehamilan.Jika si ibu atau bapa mempunyai
penyakit genetik yang boleh diwarisi
oleh anak mereka , maka doktor boleh mengklon janin mereka dan selepas itu
membuat ujian ke atas klon tersebut. Jika didapati janin tersebut sihat , si
ibu akan dibenarkan untuk meneruskan kehamilan itu tetapi jika didapati klon
janin tersebut tidak sihat , maka janin asal juga tidak sihat .Pengetahuan
boleh memberi pilihan kepada ibu bapa janin tersebut untuk membuat keputusan
sama ada ingin meneruskan kehamilan atau menggugurkannya. Cara ini dikatakan dapat mengelakkan bahaya kepadasi ibu dan
menjauhkan trauma yang disebabkan oleh pengguguran diperingkat kehamilan yang
lebih lanjut.
Jalan Penyelesaian
PENGKLONAN JANIN
Kaedah pengklonan janin telah lama digunakan bagi menghasilkan binatang
ternakan yang lebih kuat dan baik bakanya .Bahkan kaedahb pengklonan ini pernah
digunakan ke atas janin manusia .
Kaedah ini memerlukan persenyawan
normal antara sperma dengan telur dan biasanya benih diambil dan disenyawakan
bila rahim dengan menggunakan teknik IVF atau in vitro fertilisation .
Setelah tersenyawa ,janin akan
terbentuk dan sel yang tersenyawa tadi
akan mula membelah kepada dua ,kemudian empat, lapan dan seterusnya sehingga ia
membesar menjadi apa yang dinamakan”biastula”
Apa yang dilakukan ialah
pada mana mana tahap bahagian sel sebelum sel-sel itu mencapai tahap
“biastula” sainstis boleh membentuk janin yang menyerupai janin asal
.Saintis akan menambahkan sejenis cair
kkimia pada kelompok sel tersebut bagi mencairkan zona pellucida iaitu sejenis membran yang menyelaputi sel-sel
janin tersebut.Setelah itu, sel-sel yang bebas dari zona pellucida boleh
diambil dan diletakkan didalam bekas kaca yang berbeza dan setiap sel janin tadi
diberikan “zona pellucida” tiruan bagi membolehkan setiao janin membesar
sebagai janin yang berbeza dan bukan lagi satu janin .
PENGKLONAN DNA DEWASA
Kaedah seterusnya adalah tentang kaedah
pengklonan kedua,iaitu adult DNA cloning di mana kaedah pengklonan ini berbeza
beza dengan pengklonan janin.Pengklonan DNA dewasa dibolehkan melalui teknologi
yang dikenali sebagai teknologi nuclear transfer atau pemindahan nuclear.Setakat
ini belum ada manusia yang diklon melalui kaedah ini.Namun begitu,para saintis
begitu ghairah untuk menggunakan teknik ini bagi menghasilkan klon manusia.Pada
akhir tahun 2001,sebuah firma bioteknologi di Amerika Syarikat telah
mengumumkan bahawa mereka telah Berjaya mengklon sel kulit dan sel kumulus
manusia melalui kaedah nuclear transfer bagi menghasilkan stem sel atau sel
asas bagi tujuan perubatan.
Kaedah pengklonan ini lebih
unikdan mencerminkan makna sebenar’ klon ‘seperti yang telah
diterangkan.Sebagaimana yang disebut di atas,kaedah ini lazimnya digunakan ke
atas tumbuh tumbuhan tetapi bukanlah pembiakan bagi binatang jenis mamalia atau
manusia sehingga terciptanya Dolly.